Thaksin sebagai penasihat ekonomi Kemboja Hubungan_Thailand_-_Kemboja

Kemboja telah melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi kerajaan Kemboja. Pada 5 November 2009, duta Thailand ke Kemboja dipanggil pulang kerana tidak setuju dengan perlantikan itu. Thaksin pernah dilantik dua kali sebagai Perdana Menteri Thailand. Beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006. Kini menetap di Dubai bagi mengelak daripada hukuman penjara berikutan tuduhan jenayah rasuah. Perdana Menteri baru Thailand , Abhisit Vejjajiva mahu membawa Thaksin pulang bagi dihadapkan ke muka pengadilan.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berpendapat bahawa pengalaman dan wawasan Thaksin dapat digunakan untuk memajukan Kemboja. Raja Sihamoni turut bersetuju dengan perlantikan tersebut. [1] Hun Sen bukan sahaja enggan mengekstradisi Thaksin kepada Bangkok, malah menawarkan pula kedudukan dan memberi perlindungan kepada beliau. Bagi Hun Sen, Thaksin adalah tahanan politik. Perjanjian ektradisi hanya melibatkan pertukaran penjenayah, bukan tahanan politik.Penganalisis politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan berpendapat tindakan Abhisit terlalu gopoh.[2]

Hun Sen menyifatkan Thaksin sebagai 'mangsa politik' di negaranya sendiri dan mempelawa Thaksin untuk menetap sebagai tetamu di Kemboja. Hun Sen dan Abhisit bertikam lidah pada sidang kemuncak ASEAN di Hua Hin, Thailand. Baginya, kesusahan Thaksin sama dengan keussahan yang dialami ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. Thaksin dikagumi keranan mampu membangunkan Thailand akibat krisis kewangan dan ekonomi pada 1999.

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan berpendapat bahawa sengketa ini memalukan ASEAN dan menjejaskan kredibiliti ASEAN.

Pada 5 Februari 2010, Jurucakap kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith menafikan kerajaan Kemboja memberi kerakyatan kepada Thaksin.[3]